Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Gurauan di majlis perkahwinan nyaris sebabkan maut

11:34am 28/09/2016 Pak Roshan 51 views Global
RAKAN pengantin lelaki menyemburkan pemadam api menyebabkan dia (tidak kelihatan) hampir maut.

RAKAN pengantin lelaki menyemburkan pemadam api menyebabkan dia (tidak kelihatan) hampir maut.

Beijing: Seorang pengantin lelaki nyaris mati apabila sekumpulan rakannya yang meraikan perkahwinannya menyemburnya dengan beberapa pemadam api.

Mujur ada pihak yang mendengar dia tersedak kerana sesak nafas menelefon perkhidmatan kecemasan.

Dalam klip video yang dirakam di satu majlis perkahwinan di China, pengantin lelaki itu dilihat berpakaian anggota bomba.

Seorang lelaki dilihat berlari sebelum menangkap pengantin berkenaan dan menjatuhkannya.

Kemudian sekumpulan lelaki mendekati mereka dengan pemadam api serta menyembur pengantin berkenaan.

Apabila keadaan menjadi tidak terkawal dan dilihat terlalu bahaya, ada pihak yang datang membantu mangsa yang ketika itu tersedak dan kelihatan lemas.

Pengantin perempuan juga dilihat berlari untuk melihat keadaan suami yang baru dikahwininya dan kedengaran meminta bantuan untuk mendapatkan air sebelum ada pihak menelefon perkhidmatan kecemasan.

Video itu mendapat banyak komen dengan ada yang menulis: “Majlis perkahwinan nyaris bertukar menjadi majlis kematian.”

Seorang lagi pengguna menulis: “Kejadian itu nyata kesilapan pengantin lelaki. Dia silap memilih kawan.” – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan