Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gunung Bromo diletak pada tahap 3

BROMO muntahkan debu, semalam.
BROMO muntahkan debu, semalam.

Jakarta: Gunung berapi Bromo di Jawa Timur diletakkan pada status berjaga-jaga tahap 3 dan penduduk dinasihatkan bersiap-sedia sekiranya letusan berlaku, kata Badan Bantuan Bencana Nasional Indonesia (BNPB) kelmarin.

Pegawai BNPB, Sutopo Purwo Nugroho berkata, walaupun gunung berapi itu diletakkan pada tahap 3 tetapi penduduk dinasihatkan supaya tidak panik.

Katanya, Bromo mengeluarkan bunyi kuat dari dalam kawah dan mengeluarkan debu nipis ke udara.

“Kami terus memantau gunung berapi ini dan sentiasa bersedia sekiranya sebarang letusan berlaku,” ujarnya.

Menurutnya, selain Bromo, gunung Raung dan gunung Semeru juga menunjukkan peningkatan aktiviti dan diletakkan pada tahap 2.

“Gunung Raung diletakkan pada tahap 2 sejak 24 Ogos lalu selepas mula menunjukkan tanda-tanda aktif.

“Daripada laporan akhir yang diterima terdapat gegaran berterusan di gunung berkenaan,” jelasnya.

Tambahnya, gegaran juga dikesan di gunung Semeru sejak diletakkan pada tahap 2 pada 2 Mei lalu. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan