Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,808

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Gunung berapi Saputan hambur debu tebal

10:15am 06/01/2016 Pak Roshan 3 views Global
DUA penduduk melihat debu tebal yang keluar dari gunung berapi Saputan.

DUA penduduk melihat debu tebal yang keluar dari gunung berapi Saputan.

Jakarta: Pihak berkuasa Indonesia kelmarin menaikkan tahap gunung berapi Soputan di Sulawesi Utara kepada berjaga-jaga selepas ia terus meletus dan menghamburkan debu tebal.

Pegawai Badan Bantuan Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, dengan peningkatan tahap itu, orang ramai dilarang berada dalam lingkungan empat kilometer dari puncak gunung berkenaan.

“Gunung ini meletus dan mengeluarkan asap setinggi dua kilometer ke udara yang condong ke arah tenggara.

“Lahar juga dilihat keluar dan mengalir dari bahagian timur lereng gunung.

“Buat masa ini tiada penduduk yang dipindahkan kerana radius larangan masih jauh dari kawasan penempatan,” katanya.

Menurutnya, debu gunung berapi dikesan turun di beberapa daerah termasuk di Langowan di Minahasa.

“Aktiviti penduduk di Minahasa Selatan dan Minahasa Tenggara tetap berjalan seperti biasa kerana mereka sudah biasa dengan letusan gunung berapi ini,” jelasnya.

Menurutnya, daripada 127 gunung berapi yang aktif di Indonesia hanya satu berstatus bahaya iaitu Sinabung manakala empat berstatus berjaga-jaga dan 15 waspada. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan