Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Gunung Aso meletup

9:47am 09/10/2016 Pak Roshan 8 views Global
SEBAHAGIAN kenderaan yang dilitupi debu volkanik dari Gunung Aso di Aso, barat daya Jepun selepas letupan gunung berapi berkenaan, semalam. - Reuters

SEBAHAGIAN kenderaan yang dilitupi debu volkanik dari Gunung Aso di Aso, barat daya Jepun selepas letupan gunung berapi berkenaan, semalam. – Reuters

Tokyo: Gunung Berapi Aso di selatan Jepun memuntahkan asap kelabu setinggi 11 kilometer semalam dalam satu daripada letupan terbesar sejak beberapa tahun lalu.

Agensi Meteorologi Jepun berkata, letupan pada awal pagi itu juga menghamburkan debu dan batu kecil volkanik, menyebabkan tahap berjaga-jaga dikawasan sekitar ditingkatkan.

Tidak ada kediaman berhampiran dan tiada kecederaan atau kerosakan besar dilaporkan di bandar berhampiran.

Penerbangan juga tidak terjejas kecuali beberapa pesawat yang berlepas lewat.

Bagaimanapun, bangunan dan kereta dilitupi debu tebal.

Berikutan kejadian itu, pusat pemindahan didirikan di bandar Aso yang terletak kira-kira 10 kilometer ke utara gunung berkenaan, sebagai langkah berjaga-jaga.

Kawasan terbabit masih belum pulih sepenuhnya dari gempa bumi April lalu.

Gunung Aso mengalami beberapa letupan kecil sepanjang beberapa tahun lalu.

Menurut agensi itu, setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada letupan semalam ada hubungan dengan gempa bumi April lalu. Namun, ia mengesahkan, keadaan gunung itu masih tidak stabil dan ia boleh meletup lagi.

Jepun berada di atas ‘lingkaran api’ Pasifik dan mempunyai lebih 100 gunung berapi. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan