
KENINGAU: Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti sama yang masih memegang jawatan atau yang tidak lagi memegang jawatan dalam parti supaya menggunakan saluran yang betul jika menyuarakan ketidakpuasan terhadap kepimpinan parti dan sebagainya.
Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun berkata, parti mempunyai saluran-saluran yang tertentu untuk menyampaikan pandangan,idea mahupun ketidakpuasan hati kepada pemimpin.
Katanya, apa juga yang berlaku sama ada dalam kepimpinan atau kumpulan-kumpulan tertentu dalam parti gunakanlah saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan dan ketidakpuasan hati.
Azizah yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat berkata, saluran memang tersedia dalam perlembagaan parti , maka adalah tidak sesuai bagi kita terus menerus menyuarakan ketidakpuasan hati, kritikan dan sebagainya melalui media terutama lama sosial facebook, twitter, whatsapp dan sebagainya.
Bercakap kepada media selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama Wanita Barisan Nasional (BN) di hotel perkasa di sini pada Selasa Azizah berkata, gunakanlah saluran dalam parti kita supaya apa juga ketidakpuasan hati kita dapat diselasaikan dengan baik dan kita hormati kepimpinan dan sama-samalah kita membantu Presiden dan Perdana Menetri untuk mentadbir negara. Dan sebagai orang parti haruslah bersama-sama mencari jalan bagaimana kita dapat membantu Presiden untuk menjalankan tugas bagi menjaga negara supaya terus menjadi negara yang maju dan dapat memberi kebaikan kepada rakyat.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah