Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gunakan ICT memasarkan produk pelancongan

KOTA KINABALU: Pengusaha industri pelancongan di negeri ini disaran mengaplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) seperti media sosial bagi memasarkan serta menjual pelbagai produk pelancongan yang diusahakan sekaligus menggamit lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa untuk berkunjung ke Sabah.

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, langkah itu penting bagi menggantikan kaedah serta pendekatan tradisi seperti penggunaan papan iklan serta medium pengiklanan lain dalam mempromosi serta memasarkan produk-produk pelancongan menarik Sabah di mata dunia.

“Aplikasi media sosial seperti facebook, twitter, instagram dan aplikasi whatapps yang popular dan berkembang pesat di seluruh dunia wajar dimanfaatkan sebaiknya bagi tujuan mengurangkan kos perbelajaan untuk pengiklanan.”

“Industri pelancongan kini mengalami perubahan yang ketara. Kemajuan ICT yang berkembang pesat mendorong pengguna mengaplikasi medium telekomunikasi seperti telefon pintar bagi memudahkan mereka untuk mengakses data selain mendapatkan maklumat berkaitan lokasi serta destinasi pelancongan impian mereka,”katanya ketika ditemui media sempena Majlis Makan Malam Malaysian Association of Tours & Travel Agents (MATTA) Sabah di Kota Kinabalu, di sini, semalam.

Masidi turut menyatakan, kaedah mengurangkan kos pengiklanan ini terbukti berkesan menerusi agensi dibawah kementeriannya iaitu Lembaga Pelancongan Sabah (STB) yang berjaya mengurangkan kos pemasaran sebanyak RM1 juta pada tahun lalu.
Mengulas mengenai komitmen tinggi serta kolaborasi baik MATTA dengan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Masidi menyatakan, MATTA telah banyak menyumbang kepada kemajuan industri pelancongan negeri.

“Ini terbukti menerusi konsep serta pendekatan ‘Berterus-terang’ bagi menyalurkan maklumat secara telus kepada masyarakat dunia berkenaan sesuatu insiden atau peristiwa yang berlaku di negeri ini.”

“Langkah itu penting katanya, bagi menangkis tanggapan negatif pihak tertentu sekaligus mengembalikan keyakinan masyarakat dunia khususnya mengenai jaminan keselamatan kepada pelancong untuk berkunjung ke Sabah,”katanya.

Mengikut statistik, sebanyak 4-ribu ahli berdaftar dengan MATTA Malaysia. Dari jumlah itu, 430 merupakan ahli MATTA Sabah./SayangSabah

Masidi (tengah) mengambil gambar bersama tetamu kehormat sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan