Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Guna van jenazah ATM

van jenazah ATM

Anggota tentera mengusung keranda ketika melakukan persediaan bagi membawa pulang jenazah mangsa nahas MH17 di KLIA, kelmarin

Van Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan digunakan untuk menerima kepulangan jenazah mangsa MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila dibawa ke negara ini dalam tempoh terdekat.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha, berkata jawatankuasa yang ditubuhkan itu bersetuju menyelaraskan penggunaan bentuk dan warna menerusi penggunaan van jenazah.

Katanya, sebelum ini JAKIM menyediakan van jenazah yang dikumpulkan dari masjid sekitar Lembah Klang tetapi saiz, bentuk serta warnanya tidak seragam.

“Keputusan terbaharu menyatakan jawatankuasa bersedia menggunakan van jenazah ATM untuk penyelarasan,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata persediaan bagi menguruskan ketibaan jenazah MH17 membabitkan pelbagai pihak antaranya JAKIM, Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Katanya, ia membabitkan susun atur 44 van jenazah iaitu berdasarkan jumlah mangsa rakyat Malaysia.

Komen


Berita Berkaitan