Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Guna teknologi dalam kaedah pengajaran- Hamisa

Hamisa ketika menyampaikan tablet kepada salah seorang penerima.

TAWAU: Perkembangan teknologi maklumat, telah memberi impak ke atas konsep asas literasi dan kaedah pengajaran membaca dan menulis.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata ICT juga merupakan wadah yang memudahkan tugas seharian kita dan semua insan alaf baru terpaksa kenal dan memanfaatkannya.

Beliau berkata guru yang berperanan penting dalam melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan berfikirian secara global. Pada masa ini perkembangan ICT dan ledakan maklumat sudah tidak boleh diabaikan dan menjadi satu kemestian dalam mengharungi dunia global tanpa sempadan.

“Guru-guru yang dibekalkan tablet berserta aplikasi tutor guru saharusnya tahu untuk memanfaatkan kemudahan ini bagi mempelbagaikan lagi kaedah pembelajaran yang lebih berkesan di abad ke 21 dengan bertambah mudah.

Beliau berkata kemudahan Aplikasi Tutor guru dan e-paper Utusan Malaysia mampu meningkatkan mutu pembelajaran para guru selain membolehkan mereka mendapat maklumat terkini dan tepat mengenai isu semasa.

“Penggunaan kedua-dua kemudahan itu yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 5 Mei 2016, diakui dapat memberikan manfaat kepada guru dalam mendidik pelajar.

“Pemberian tablet serta aplikasi tutor guru dan e-Paper Utusan Malaysia ini merupakan satu lagi bukti kemahuan pihak kerajaan untuk melihat institusi pendidikan kita dapat memenuhi Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi menyediakan modal insan berfikiran yang berfikiran global.

“Selain itu, penyerahan gajet ini juga merupakan hadiah kerajaan buat guru-guru menjalankan tugas mendidik anak-anak dengan lebih berkesan,” katanya dalam ucapan sempena majlis agihan Tablet beserta Aplikasi Tutor Guru dan E-Paper Utusan Malaysia peringkat daerah di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) Sin Hwa, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengawai Pendidikan Daerah, Darman Shah Asakil; Eksekutif Audit dan Pematuhan Kumpulan Utusan, Che Teh Akbar serta pengetua dan guru besar di sekitar daerah berkenaan.

Sebanyak 3,931 guru daripada 21 buah sekolah menengah, 60 sekolah rendah, sekolah dalam hospital dan kakitangan pejabat Pendidikan Daerah Tawau akan menerima tablet beserta aplikasi tutor guru dan e-Paper Utusan Malaysia.

Hamisa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu turut memuji inovasi Utusan Malaysia untuk membantu guru-guru menerusi penghasilkan teknik pembelajaran lebih mudah menggunakan tablet dan aplikasi Tutor guru.

“Saya berharap agar para guru memanfaatkan perisian tersebut sebaik yang mungkin. Jadikan aplikasi tutor guru dan aplikasi e-Paper Utusan Malaysia sebagai faktor X untuk anda menghasilkan lembaran kerja yang kreatif dan dinamik.

“Dengan kedua-dua aplikasi ini, para guru berupaya membangunkan isi kandungan, pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar serta penyelesaian masalah menerusi pelbagai teknik, aktiviti dan kaedah, khususnya yang menjurus kepada Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21),” ujarnya .

Dalam pada itu, beliau menggesa masyarakat di daerah ini menerima baik sumbangan dan bantuan yang diberikan kerajaan kepada mereka kerana itu dilakukan tidak mengira kira waktu./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan