Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Guna Pertimbangan Akal Ketika Layari Laman Sosial – Tawfiq

tawfiqq

TAWAU — Masyarakat perlu menggunakan pertimbangan akal dan akhlak ketika melayari laman sosial, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata perkara itu penting agar perpaduan dan kesatuan yang dinikmati rakyat di negara ini terus utuh terjalin tanpa sebarang perpecahan.

“Kita perlu guna laman sosial seperti Facebook dengan sebaik mungkin dan menjadikan ia sebagai wadah untuk merapatkan hubungan dengan keluarga, masyarakat dan negara.

“Kita haruslah menggunakan pertimbangan akal dan akhlak ketika melayari laman sosial agar perkara yang tidak diingini terutamanya melibatkan perpaduan kaum,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas Persidangan Perwakilan Pergerakan Puteri Umno Bahagian Tawau di sini hari ini, beliau ditanya mengenai cadangan penutupan Facebook.

Beliau berkata kerajaan tidak akan menutup Facebook tanpa mengambil kira aspirasi seluruh masyarakat.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Tawfiq yang juga Ketua Umno Bahagian Tawau meminta agar Pergerakan Puteri Umno menggunakan kemahiran teknologi maklumat untuk membangun dan membawa kejayaan kepada parti.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap merangkap Ahli Parlimen Tawau dan Ketua Puteri Umno Tawau, Nazliah Ali.

 

Komen


Berita Berkaitan