Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,775

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Guna parang paksa suami pulang

9:04am 14/11/2016 Pak Roshan 11637 views Global
WANITA berkenaan mengacu parang pada suaminya. - DM

WANITA berkenaan mengacu parang pada suaminya. – DM

Bangkok: Seorang isteri yang berang terhadap suaminya yang tidak pulang ke rumah kerana menghabiskan masa sepanjang malam minum arak, menggunakan parang untuk memaksa lelaki berkenaan pulang.

Wanita itu memandu sekeliling bandar untuk mencari suaminya di waktu puncak selepas dia gagal pulang malam sebelum itu.

Apabila melihat suaminya makan di sebuah gerai, dia memberhentikan keretanya.

Rakaman video yang dimuat naik dan viral di Internet menunjukkan wanita itu keluar dari keretanya dengan mengacukan parang pada lelaki itu. Wanita terbabit memarahi suaminya dan menyuruhnya menaiki kereta untuk pulang.

Dia memukul suaminya dengan parang itu apabila lelaki berkenaan cuba mencari alasan untuk tidak menaiki kereta.

Kejadian itu mengejutkan orang yang berada di tempat kejadian.

Berdasarkan kata-kata wanita itu yang didengar dalam rakaman berkenaan, suaminya tidak pulang ke rumah kerana berparti dan minum arak. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan