Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,657

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Guna pakar forensik

9:58am 25/05/2016 Pak Roshan 26 views Global
GAMBAR fail menunjukkan tentera Indonesia menangkap dan menyoal siasat anggota komunis negara itu pada 1965.

GAMBAR fail menunjukkan tentera Indonesia menangkap dan menyoal siasat anggota komunis negara itu pada 1965.

Jakarta: Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia (HRW) menggesa Indonesia menggunakan khidmat pakar forensik ketika menggali beberapa kubur besar yang dikaitkan dengan pembunuhan beramai-ramai suspek komunis bagi memastikan bukti penting terpelihara dan membolehkan proses mengenal pasti mangsa dilakukan.

Kenyataan kumpulan yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat itu dikeluarkan sebulan selepas Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengarahkan pegawai memulakan proses dokumentasi lokasi kubur besar berkenaan.

Beberapa kubur besar itu dipercayai mengandungi mayat lebih 500,000 mangsa pembunuhan beramai-ramai antikomunis pada 1965 hingga 1966.

Kata kenyataan itu, tanpa bantuan pakar forensik, operasi menggali kubur berkenaan boleh memusnahkan bukti penting dan menyukarkan proses mengenal pasti mangsa.

“Penggalian kubur besar mangsa pembunuhan beramai-ramai 1965-1966 adalah langkah penting ke arah kebertanggungjawaban dan perlu disokong rakyat Indonesia serta penderma asing,” kata timbalan pengarah HRW Asia, Phelim Kine.

Awal bulan ini, Jakarta memberitahu, kerajaan akan menubuhkan pasukan bagi menyiasat senarai 122 lokasi kubur besar yang dikumpul mangsa yang terselamat dalam tragedi berkenaan.

Pembunuhan bermula pada Oktober 1965, tidak lama selepas satu rampasan kuasa yang gagal menyebabkan tiga jeneral berhaluan kanan terbunuh.

Bekas Presiden Indonesia, Suharto yang ketika itu berpangkat jeneral mengisi kekosongan kuasa berkenaan dan menuduh Parti Komunis Indonesia sebagai dalang pembunuhan itu. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan