Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Guna MyKad untuk membeli-belah

10:16pm 07/01/2016 Leolerry Lajius 1503 views Perniagaan,Tempatan
Will Ong (7 dari kanan) ketika program tersebut.-Gambar Oleh Alexion Mairin

Will Ong (7 dari kanan) ketika program tersebut.-Gambar Oleh Alexion Mairin

KOTA KINABALU: Affiliate Junction (AJ) telah memperkenalkan satu program yang diberi nama MyKad Smart Shopper Program (MSSP) yang memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk berjimat cermat dan mendapat ganjaran dengan hanya menggunakan MyKad sahaja.

Fungsinya adalah sama dengan kad keahlian yang lain iaitu boleh digunakan di kedai-kedai yang mempunyai keahlian kad tersebut.

Menerusi MSSP, Ketua Pegawai Operasi I Synergy Holdings Berhad Will Ong berkata, ia menawarkan manfaat bersama keistimewaan runcit dan turut memberikan  manfaat kepada pengguna dan peniaga.

“Manfaat yang boleh diperolehi melalui MSSP adalah pengguna boleh mendapatkan diskaun dengan menunjukkan MyKad di tempat-tempat yang sudah mempunyai sistem MSSP dan pengguna juga boleh mendapatkan mata ganjaran yang boleh ditebus dengan setiap RM1.00 akan mendapat 1 Mata AJ,”katanya ketika sidang media pada kempen MSSP di Kompleks Beli Belah Suria Sabah petang tadi.

Tambah beliau, bermula pada 7 Januari sehingga 17 Februari tahun ini,  promosi MSSP akan dijalankan di Suria Sabah dan orang ramai amat dialu-alukan untuk menyertai kempen ini bagi menikmati manfaat menerusi penggunaan MyKad ketika  membeli belah.

Program yang dimulakan secara rasmi pada tahun 2010 ini telah mempunyai keahlian seramai 1.8 juta orang dan 30 peratus daripadanya adalah dari Sabah dan  mensasarkan keahlian seramai 10 juta orang pada tahun ini menerusi pelbagai program yang bakal dijalankan. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan