Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Guna lumpur saja

9:49am 31/08/2016 Pak Roshan 15 views Global
KANAK-KANAK yang cedera hanya disapu lumpur kerana kekurangan ubat di bandar itu.

KANAK-KANAK yang cedera hanya disapu lumpur kerana kekurangan ubat di bandar itu.

Damsyik: Seorang kanak-kanak dirakam disapu dengan lumpur pada lukanya yang dialami akibat senjata yang menyerupai bom napalm.

Gambar yang diedarkan Pusat Media Homs kelmarin, menunjukkan kesan serangan udara sehari sebelum itu di kawasan kejiranan al-Waer di Homs, bandar ketiga terbesar Syria.

“Selepas pesawat pengebom tentera Bashar berhenti mengebom, mereka mula melepaskan napalm. Ada pesakit yang melecur,” kata seorang doktor.

Satu video menunjukkan seorang kanak-kanak menahan kesakitan ketika disapu lumpur pada kepala dan badannya yang melecur.

Nedal – anggota Pertahanan Awam Syria – berkata, lelaki itu terpaksa menggunakan lumpur sebagai agen untuk menyejukkan lecuran dialami kanak-kanak berkenaan kerana ketiadaan ubat.

Dua kanak-kanak terbunuh dan sekurang-kurangnya lima lagi cedera akibat senjata ala napalm itu, kata Nedal.

Gambar disiarkan turut menunjukkan sisa mayat dua kanak-kanak yang rentung. Seorang berusia empat tahun dan seorang lagi tujuh bulan.

Al-Waer dikepung tentera Bashar sejak lebih tiga tahun lalu. Penduduk di kawasan dikuasai kumpulan penentang itu kini berdepan kekurangan makanan dan ubat. Mereka tidak boleh meninggalkan kawasan itu kerana serangan yang tidak pernah reda. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan