Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Guna Logo PKR, DAP Tetap Dapat Pengecualian

PAKATAN Harapan (PH) akhirnya memutuskan untuk menggunakan logo PKR dalam pilihan raya nanti, dan DAP tetap mendapat pengecualian untuk menggunakan logo roket di Sarawak dan Sabah.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan majlis presiden pakatan pembangkang itu telah memutuskan logo parti komponen mana akan digunakan semua parti dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Dipetik media, Mahathir mengatakan logo yang telah dipilih itu akan diumumkan dalam program PH di Pasir Gudang, Johor, esok.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam sidang media di Parlimen hari ini mengesahkan selain di Sarawak dan Sabah, satu logo akan digunakan termasuk oleh DAP dalam PRU14 ini.

Beliau pada masa yang sama membayangkan implikasi negatif terhadap partinya yang buat pertama kali akan menyimpan logo roket di Semenanjung dalam pilihan raya nanti.

Guan Eng membayangkan sukar untuk DAP mengikut keputusan itu tetapi terpaksa dilaksanakan demi pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).

PH telah dijangka akan menggunakan logo PKR yang dianggap paling selamat untuk menarik pengundi Melayu yang menjadi sasaran PKR dan juga parti serpihan UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

PPBM bagaimanapun telah diumumkan pembubaran sementaranya oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) hari ini, dan akan terbubar terus jika gagal menyerahkan maklumat terbaru yang diminta badan itu.

Logo PKR dianggap selamat untuk menarik pengundi konstituensi bercampur dan majoriti Cina kerana parti ini masih mempunyai imej pelbagai kaum walaupun sebahagian besar pemimpinnya berbangsa Melayu.

Penggunaan logo bersama ini diputuskan kerana tempoh PRU14 yang semakin hampir dan penubuhan PH belum diluluskan oleh RoS, manakala PPBM telah menjangka akan dikenakan perintah pembubaran.

Keputusan untuk mengumumkan logo yang dipilih kelihatan sukar dilaksanakan kerana kesukaran mencapai persetujuan di kalangan parti komponen PH.

DAP ialah pihak yang paling bimbang dengan penggunaan logo parti lain bagi calon partinya, kerana reaksi negatif yang dijangka daripada ahli dan penyokong tegar parti tertua dalam PH ini.

Akar umbi DAP pernah menunjukkan reaksi negatif terhadap kepimpinan parti semasa bersama dengan PAS dalam Barisan Alternatif, mendorong DAP akhirnya mengambil keputusan meninggal pakatan itu. – mynewshub

Komen


Berita Berkaitan