Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Guna bot pancung seludup rokok

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau merampas 890 karton rokok dipercayai cuba diseludup masuk ke daerah ini menggunakan sebuah bot pancung di perairan Kampung Titingan Batu 2, dekat sini, lewat malam tadi.

Bot pancung terbabit dikesan bot peronda APMM Daerah Maritim 18 (DM18) Tawau ketika melakukan rondaan di perairan terbabit kira-kira jam 11.15 malam.

Timbalan Pengarah (Operasi) DM18 Tawau, Leftenan Komander (Maritim) Ahmad Firdaus Shaari, berkata sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, bot terbabit meluncur laju ke arah pesisir pantai sebelum tekong bot terjun ke laut dan melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot terbabit yang menggunakan enjin sangkut 115 kuasa kuda (hp) itu menemui muatan 15 kotak berisi rokok kretek pelbagai jenama dianggar bernilai RM87,300.

“Semua barang rampasan dibawa ke jeti APMM DM18 Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kastam 1967,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan