Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,697

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Guna bas seludup telur penyu

8:46am 11/11/2016 Pak Roshan 1 views Jenayah,Mutakhir
Telur penyu yang ditemui dalam sebuah bas di Terminal Bas Sandakan. - Foto KRISTY INUS

Telur penyu yang ditemui dalam sebuah bas di Terminal Bas Sandakan. – Foto KRISTY INUS

Sandakan: Sebanyak 3,011 telur penyu dalam tiga kotak kiriman dalam sebuah bas dirampas Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah di Terminal Bas Sandakan, Bandar Letat Jaya, di sini, hari ini.

Telur penyu berkenaan yang ditemui kira-kira 8 pagi, dipercayai cuba dihantar ke Kota Marudu dengan cara pengiriman melalui bas ekspres dari Sandakan menuju Kudat.

Pegawai JHL Sandakan Hussein Muin berkata, siasatan awal mendapati ada nama penerima namun nama pengirim masih dalam siasatan lanjut.

“Rampasan hari ini adalah yang pertama membabitkan cubaan menyeludup telur penyu menggunakan pengangkutan awam.

“Mereka dipercayai mahu memasarkan telur berkenaan di kawasan pantai barat negeri ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hussein berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 41(4)(a) enakmen sama yang.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang RM50,000 namun tidak lebih RM250,000 dan penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun,” katanya. – myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan