Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GST tidak bebankan rakyat- Sapawi

gst

SIPITANG: Kerajaan tidak sama sekali akan melaksanakan sebarang bentuk program yang boleh membebankan rakyat.

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad berkata, program yang diperkenal dan dilaksanakan kerajaan sentiasa meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

“Begitu juga dengan pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksana mulai tahun depan,” katanya semasa program penerangan GST Peringkat Parlimen Sipitang, di sini kelmarin.

 

Sapawi berkata, rakyat wajar bersyukur dan berterima kasih kerana kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dalam semua perkara.

Katanya, program yang diperkenalkan termasuklah GST tidak akan dilaksana jika ia membebankan rakyat.

Selain itu tambahnya, rakyat diminta tidak memberi peluang kepada pembangkang memesongkan pemahaman mengenai GST sebaliknya mengambil peluang mendalami peranan sistem percukaian tersebut.

“Sikap acuh tidak acuh menyebabkan sesetengah masyarakat terpengaruh dengan tohmahan serta dakyah pembangkang mengenai GST.

“Rakyat perlu bijak membuat penilaian terlebih dahulu agar mereka tidak mudah dipengaruhi dengan hasutan pihak tidak bertanggungjawab terhadap kerajaan,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan