Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GST Tidak Bebankan Rakyat – Adun Sekong

gstt

SANDAKAN – Kerajaan tidak akan membebankan rakyat dalam melaksanakan Sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April ini, kata Anggota Dewan Undangan Negeri Sekong, Datuk Samsuddin Yahya.

Beliau berkata sebaliknya pelaksanaan GST bertujuan memberi kesenangan kepada rakyat untuk tempoh jangka panjang.

Oleh itu rakyat perlu mendapat sumber yang sahih berhubung pelaksanaan GST bagi mengelak mereka daripada dimanipulasi pihak tertentu khususnya parti pembangkang, katanya pada majlis makan malam bersama media anjuran MCA Bahagian Batu Sapi di sini malam tadi.

Samsuddin yang juga Pengerusi Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd berkata parti pembangkang cuba menghalang pelaksanaan GST bukan untuk memperjuangkan nasib rakyat tetapi untuk kepentingan politik mereka. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan