Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GST tetap akan dilaksana mulai 1 April 2015 – Ahmad Maslan

gst

KOTA KINABALU: Kerajaan tidak berganjak dengan keputusan untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April tahun depan.


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata GST tidak akan ditangguhkan kerana semua prosedur untuk melaksanakannya sudah ditetapkan. 

“Kita minta semua pihak tidak beranggapan bahawa kerajaan akan menangguhkan GST. 

“Aktanya sudah diluluskan dan kita ada jangka masa bila ia dilaksanakan, jadi tiada alasan untuk tidak mematuhinya. 

“Semua pihak yang terbabit dalam GST perlu mematuhi tarikh akhir pendaftaran dan jika gagal tindakan boleh diambil,” katanya kepada media selepas menyampaikan taklimat GST kepada kakitangan awam persekutuan Sabah, di sini hari ini.

Komen


Berita Berkaitan