Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GST: Rakyat usah gelisah

Masyarakat Sungai Obar yang hadir mendengar amanat Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat.
Masyarakat Sungai Obar yang hadir mendengar amanat Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat.

SANDAKAN – Rakyat diingatkan agar tidak berasa gelisah ekoran pelaksanaan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang telah berkuatkuasa pada 1 April lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, ia merupakan polisi kerajaan yang akhirnya pulangan cukai itu sendiri dikembalikan dan boleh memberikan kebaikan kepada rakyat dalam bentuk pembangunan.

“Yang penting saya ingin memberi nasihat di sini bahawa barangan keperluan seperti gula, tepung dan beras tidak ada kenaikan, lain mungkin ada sedikit. Tapi yang penting nasihat saya supaya orang ramai janganlah membeli barangan berlebihan, yang tidak diperlukan.

“Harus berjumat cermat. Ini juga mengajar kita untuk berhemah supaya kita berbelanja mengikut keperluan kita. Insya Allah, kalau kita ikut cara ini, kita tidak akan hadapi masalah dengan GST,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sungai Obar, di sini hari ini.

Menurut Musa, hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah murni dan beliau mengetahui apa yang perlu untuk rakyat.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri berusaha menggalakkan pelabur-pelabur asing untuk melabur ke dalam negeri kerana ia mampu mewujudkan dan membangunkan industri baharu.

Katanya, ia juga bakal memberi banyak peluang pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat khususnya dalam kalangan belia lepasan sekolah dan institusi pengajian tinggi. – oleh Sitti Nor Azizah Talata/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan