Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GST: Perolehan negara dijangka mencapai RM3.87 billion 2015

Azizah Mohd. Dun berucap dalam program Taklimat Kepenggunaan GST Peringkat Daerah Beaufort bersama barisan pemimpin masyarakat akar umbi dari kawasan Dun Lumadan, Klias dan Membakut di Dewan Pa'Musa. - foto Aryan De Vera
Azizah Mohd. Dun berucap dalam program Taklimat Kepenggunaan GST Peringkat Daerah Beaufort bersama barisan pemimpin masyarakat akar umbi dari kawasan Dun Lumadan, Klias dan Membakut di Dewan Pa’Musa. – foto Aryan De Vera

BEAUFORT – Negara dijangka bakal memperolehi tambahan hasil sebanyak RM3.87 billion bagi tahun ini dan RM9.09 billion pada 2016 menerusi perolehan hasil pelaksanaan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, dengan ini membolehkan kerajaan menggunakan pendapatan tersebut semula untuk membiayai serta menyalurkan lebih banyak peruntukan dalam pelbagai aspek pembangunan rakyat.

“Oleh sebab itu, sebagai pengguna, rakyat perlu diberi pemahaman jelas tentang pelaksanaan GST terhadap kehidupan seharian. Saya percaya GST tidak akan membebankan rakyat kerana pembentukan model sistem cukai ini telah disusun supaya lebih telus, efisien, mesra perniagaan dan paling penting membawa banyak kebaikan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Taklimat Kepenggunaan GST Peringkat Daerah Beaufort di Dewan Pa’ Musa, di sini hari ini. Taklimat itu bertujuan memberi penerangan kepada seluruh pemimpin masyarakat dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan, Klias dan Membakut.

Program tersebut dihadiri lebih 400 orang terdiri daripada Ketua Kampung, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Ketua Anak Negeri dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM).

Selain Azizah, penceramah terdiri daripada wakil Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah.

Azizah yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjelaskan, pemimpin masyarakat berperanan besar dalam memberi pemahaman mendalam kepada rakyat akar umbi tentang kebaikan GST yang akan berkuatkuasa pada 1 April ini.

Beliau menambah, ia berikutan majoriti masyarakat khususnya yang tinggal di kawasan luar bandar masih belum memahami sepenuhnya tujuan kerajaan melaksanakan GST yang dilihat memberi manfaat besar untuk pembangunan rakyat dan negara. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan