Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GST mudah difahami, tidak bebankan rakyat

Grafik oleh Ille Tugimin
Grafik oleh Ille Tugimin

KOTA KINABALU – Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bakal berkuatkuasa 1 April ini hanya tinggal lebih kurang 90 hari lagi untuk dilaksanakan, sekaligus menjadikan Malaysia rakan Asia terbaharu melaksanakan sistem percukaian tersebut.

Hanya Malaysia dan Myanmar sahaja merupakan negara Asia yang belum melaksanakan GST berbanding China, Indonesia, Singapura, Jepun dan Sri Lanka yang mendahului dalam pelaksanaan GST sejak sedekad lalu.

Di Malaysia, rakyat pada ketika ini membayar cukai jualan sebanyak 10 peratus melibatkan jenis cukai tidak langsung mengikut Akta Cukai Jualan 1972 Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Sistem percukaian itu melibatkan jenis cukai tidak langsung seperti Duti Import (ke atas barang yang dibawa masuk ke dalam), Duti Eksport (barang yang dibawa keluar negara) dan Cukai Jualan (ke atas sebilangan besar barang pada masa import atau pada peringkat pengilangan dengan dua kadar cukai iaitu lima peratus dan 10 peratus).

Selain itu, turut dikenakan Cukai Perkhidmatan (perkhidmatan yang disediakan oleh restoran, hotel, telekomunikasi, perkhidmatan profesional oleh arkited, jurutera, peguam dan lain-lain) dan Duti Eksais (barang tertentu seperti kenderaan, minuman keras dan produk tembakau).

Begitupun, GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan dengan beberapa barangan proses seperti makanan, perkhidmatan perhotelan dan guaman akan dikenakan cukai hanya pada kadar enam peratus.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan perubatan dan pendidikan dikecualikan daripada dikenakan cukai GST.

Timbalan Pengarah Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Madrim Tasan berkata, peniaga yang mempunyai perolehan pendapatan tahunan RM500,000 diwajibkan mendaftar untuk GST manakala bagi pendapatan kurang daripada RM200,000, peraturan tersebut dikuatkuasakan.

Katanya, orang ramai disaran untuk melayari laman web JDKM http://gst.customs.gov.my/ atau menghubungi pihak kastam 088 231 411 untuk mengetahui lebih lanjut maklumat mengenai GST. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan