Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GST: Kenaikan Harga Hanya Bersifat ‘One-off’ – KP Kastam

GSTsementara

KUALA LUMPUR — Kenaikan harga barangan susulan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula April tahun depan hanya bersifat ‘one-off’ dan akan kembali stabil dalam masa setahun.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Seri Khazali Ahmad berkata berdasarkan kajian, kadar kenaikan juga agak kecil iaitu sekitar 1.4 hingga 1.8 peratus.

“Bukannya tiada peningkatan langsung. Berdasarkan kajian ada sedikit peningkatan dan peningkatan ini kembali stabil dalam masa setahun,” katanya di sini.

Khazali ditemui Bernama selepas menyampaikan ucapan menutup Persidangan GST Kebangsaan anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Tax Advisory and Management Services Sdn Bhd yang berlangsung selama dua hari bermula Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata sehubungan itu gaya hidup pengguna tidak akan berubah dengan pelaksanaan GST tersebut.

“Jabatan Kastam telah melakukan simulasi untuk menguji impak GST terhadap orang ramai dan mendapati peniaga tidak mempunyai sebab untuk menaikkan harga secara melampau,” katanya.

Ini kerana katanya peniaga boleh menuntut kembali cukai enam peratus yang dibayar itu daripada kerajaan.

Beliau juga mengingatkan peniaga bahawa mereka boleh didakwa menurut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan jika menaikkan harga barangan dengan sewenang-wenangnya.

Dalam sidang Dewan Negara pada 5 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan memaklumkan daripada 689 barangan yang dikategorikan sebagai barangan dikenakan GST, sebanyak 287 mengalami penurunan harga, 329 kekal, 255 sedang disemak dan hanya 73 mengalami kenaikan.

Pelaksanaan GST pada kadar enam peratus diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2014 pada Oktober tahun lalu, bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang berkadar keseluruhan 16 peratus.

Komen


Berita Berkaitan