Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GST disusun agar lebih telus, efisien

Kamaruddin (kanan sekali) menerima sijil daripada Ariffin dalam program itu. - foto Aryan Ve Vera
Kamaruddin (kanan sekali) menerima sijil daripada Ariffin dalam program itu. – foto Aryan Ve Vera

MEMBAKUT – Pembentukan model sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) telah disusun agar lebih telus, efisien, mesra perniagaan dan paling penting membawa banyak kebaikan kepada rakyat.

Justeru, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ariffin Mohd Arif percaya, sistem percukaian itu tidak akan membebankan rakyat marhaen seperti yang disalahtafsirkan oleh sesetengah pihak.

“Selain itu, Majlis Fatwa Kebangsaan melalui Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-106 memutuskan pelaksanaan GST adalah harus,” katanya ketika berucap merasmikan Program Kesedaran Kepenggunaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Kimanis, di sini hari ini.

Ariffin berkata, kadar GST sebanyak enam peratus juga adalah terendah berbanding negara lain yang telah melaksanakannya sebelum ini dan terbukti ia mampu membawa pembangunan lebih mapan kepada negara mereka.

Kira-kira 80 orang terdiri daripada pemimpin masyarakat, wakil peniaga dan badan bukan kerajaan (NGO) setempat hadir dalam program ini yang diadakan di Perpustakaan Pekan Membakut. Penceramah terdiri daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan