Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GST: 84 aduan pengguna diterima KPDNKK Sabah

rps20150403_195742

KOTA KINABALU – Hari ketiga pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hari ini menyaksikan sebanyak 84 aduan telah diterima oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah daripada orang ramai.

KPDNKK Sabah dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, jumlah aduan tersebut diterima sejak GST dikuatkuasakan pada 1 April lepas.

“Aduan berkaitan harga jualan kad tambah nilai prabayar telco berada ditempat teratas dengan 33 aduan dicatatkan,” menurut kenyataan itu.

Manakala, sebanyak 21 aduan dibuat terhadap peniaga memberikan resit jualan yang tidak mempunyai nombor daftar GST kepada pelanggan.

Aduan lain diterima daripada pengguna ialah:

  • Caj tambahan selain GST – 6
  • Kekeliruan resit GST – 10
  • Dikenakan GST sebelum 1 april 2015 – 6
  • Kenaikan harga barang selepas GST – 5
  • Barangan ‘zero rated’ dikenakan GST – 2
  • Kenaikan harga rokok selepas GST – 1

Sehubungan itu, KPDNKK memberi amaran kepada peniaga supaya mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa bagi mengelak dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

Orang ramai terutama para pengguna yang ingin membuat aduan boleh menghubungi talian 1-800-886-800 atau hadir di pejabat dan cawangan KPDNKK di seluruh negeri.
Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan