Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GST: 1,397 premis diperiksa

Salah sebuah kedai diperiksa oleh Pegawai Penguatkuasa.
Salah sebuah kedai diperiksa oleh Pegawai Penguatkuasa.

KOTA KINABALU – Sebanyak 1397 premis perniagaan diperiksa pada hari keempat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan di seluruh negeri ini , semalam.

Pemeriksaan yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah dengan Jabatan Kastam itu termasuk premis pemborong, pasaraya, kedai runcit, restoran, pasar malam dan pasar basah.

KPDNKK Sabahbdalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, hasil pemeriksaan tersebut, seorang peniaga permaidani di Segama diberikan Notis 21 selepas didapati menaikkan harga jualan produk dan perkhidmatan tanpa alasan munasabah.

Katanya, pengusaha terbabit perlu melengkap maklumat di dalam notis tersebut berserta bukti sokongan, sebelum dikembalikan kepada pejabat KPDNKK dalam masa tiga hari bekerja.

“Peniaga yang gagal atau enggan memberikan sebarang maklumat yang dikehendaki oleh KPDNKK, boleh didenda RM50,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, peniaga dinasihatkan supaya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi mengelak dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

“Peniaga tidak seharusnya menjadikan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga jualan atau perkhidmatan untuk mengaut untung berlebihan,” katanya.

Orang ramai terutama para pengguna yang ingin membuat aduan boleh menghubungi talian 1-800-886-800 atau hadir di pejabat dan cawangan KPDNKK di seluruh negeri.
Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Restoran makanan segera turut diperiksa oleh penguatkuasa KPDNKK dan Kastam.
Restoran makanan segera turut diperiksa oleh penguatkuasa KPDNKK dan Kastam.

Komen


Berita Berkaitan