Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Grduan ILPT digesa wujudkan peluang pekerjaan

Siringan Gubat (kedua kanan) menyampaikan Sijil Pelatih Terbaik kepada Katelynnade Sitanis (tiga kiri) pada majlis penganugerahan sijil tamat latihan di Kota Kinabalu. Foto Ille Tugimin/SayangSabah
Siringan Gubat (kedua kanan) menyampaikan Sijil Pelatih Terbaik kepada Katelynnade Sitanis (tiga kiri) pada majlis penganugerahan sijil tamat latihan di Kota Kinabalu. Foto Ille Tugimin/SayangSabah

KOTA KINABALU – Graduan perlu mewujudkan peluang pekerjaan sendiri menerusi kemahiran dipelajari semasa menuntut tanpa terlalu mengharapkan bantuan orang lain atau menunggu tawaran pekerjaan.

Langkah itu sejajar dengan saranan dan galakkan kerajaan agar para graduan mengusahakan perniagaan sendiri yang mampu membuahkan hasil pendapatan lumayan sekiranya ia diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

Menurut Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Siringan Gubat, sama ada bekerja atau menjalankan perniagaan sendiri, para graduan perlu menerapkan nilai integriti, bertanggungjawab dan amanah dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

“Apa yang penting ialah kemahuan untuk mengejar impian. Tidak salah untuk berangan-angan cuma. Biarlah bermula dengan angan-angan tetapi ia meti diubah menjadi realiti ke arah kehidupan yang mempunyai hala tuju,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penganugerahan Sijil Tamat Latihan Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILPT) Sesi 1/2015, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Sabah (JPSM) Billy Yumbod dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Bruno Vun.

Dalam majlis itu, Siringan turut menyampaikan sijil kepada seramai 51 pelatih yang berjaya menamatkan latihan selama tiga hingga enam bulan dalam Program Jurukecantikan dan Dandanan Rambut dan Program Teknologi Kimpalan.

Sementara itu, dua pelatih daripada Program Jurukecantikan dan Dandanan Rambut iaitu Katelynnade Sitanis dari Kota Marudu dan Nur Ainina Abdullah (Kota Kinabalu) serta pelatih Program Teknologi Kimpalan, Edmund Gotuoh menerima anugerah Sijil Pelatih Terbaik.

Dalam pada itu, bagi para graduan yang belum memperolehi peluang pekerjaan, Siringan  menasihati mereka supaya tidak berputus atas dan kecewa, sebaliknya perlu mencari alternatif lain yang mungkin berbeza atau berlainan dengan bidang dipelajari di ILTP. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

 

 

Komen


Berita Berkaitan