Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Grand Merdeka Mall umum sambutan menggalakkan dalam acara ‘roof topping’

Chew (tengah) bersama wakil-wakil penyewa utama Grand Merdeka Mall
Chew (tengah) bersama wakil-wakil penyewa utama Grand Merdeka Mall

Kota Kinabalu – Pusat beli-belah Grand Merdeka, di Menggatal, dekat sini, berjaya menjual sebanyak 85 peratus ruang niaga serta mendapatkan penyewa-penyewa utama bagi menjalankan perniagaan di situ.

Pengarah Grand Merdeka Development Sdn. Bhd., Chew Sang Hai berkata, antara penyewa utama ialah seperti Upperstar, Food Court, Tong’s Departmental Store, Fun Scape Amusement Centre dan Supersave, yang mampu menarik minat pengunjung untuk membeli-belah di sini,”

“Kira-kira 65 peratus daripada kerja pembinaan telah siap dan pihaknya yakin akan dapat menyerahkan unit-unit para pelanggan selepas urusan mendapatkan Sijil Layak Menduduki (SLM) selesai pada penghujung tahun ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Pusat beli-belah tiga tingkat dengan ruang 24,000 kaki persegi tersebut dijangkakan dibuka kepada orang ramai pada penghujung tahun ini.- Oleh Sukri Sarin/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan