Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GRAND BORNEO HOTEL BERI SUMBANGAN 2,400 BOTOL AIR

Sumbangan..... Ketua Pegawai Eksekutif Grand Borneo Hotel, Datuk Juany Salleh menyerah sumbangan air kepada wakil penerima daripada bahagian kebajikan Pejabat Daerah Kota Belud.
Sumbangan….. Ketua Pegawai Eksekutif Grand Borneo Hotel, Datuk Juany Salleh menyerah sumbangan air kepada wakil penerima daripada bahagian kebajikan Pejabat Daerah Kota Belud.

KOTA BELUD- Grand Borneo Hotel menyalurkan sumbangan air minuman sejumlah 2,400 botol air bagi meringankan beban penduduk yang menghadapi masalah air bersih di daerah Kota Belud .

Program berkenaan dilakukan sebagai satu inisiatif tanggungjawab sosial pengurusan Grand Borneo Hotel yang melihat keperluan mendesak bagi penduduk yang terjejas bekalan air.

Ketua Pegawai Eksekutif Grand Borneo Hotel, Datuk Juany Salleh bersama beberapa kakitangan hotel turut sama menyerahkan sumbangan tersebut di Dewan Masyarakat Tun Said Keruak baru-baru ini.

Wakil penerima sumbangan itu adalah daripada bahagian kebajikan Pejabat Daerah Kota Belud.

Program inisiatif tanggungjawab sosial hotel telah melaksanakan pelbagai program sebelum ini, hotel tersebut juga turut meraikan anak-anak yatim sekitar Kota Kinabalu selain sumbangan mangsa banjir di Beaufort dan sebagainya.

Grand Borneo Hotel adalah milik penuh dan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang telah mengambil alih hotel tersebut sejak bulan Jun 2013 yang lalu.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan