Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Graduan Sabah Dinasihat Jangan Pilih Kerja – Musa Aman

foto : Bernama
foto : Bernama

KOTA KINABALU : Para graduan di Sabah dinasihatkan supaya tidak memilih pekerjaan, terutama ketika negara menghadapi pertumbuhan ekonomi yang perlahan, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata graduan hendaklah merebut apa sahaja peluang pekerjaan yang ada untuk memperbaiki diri dan mengutip pengalaman sebelum memperoleh kejayaan dalam kerjaya mereka.

“Ambil sahaja apa-apa pekerjaan yang tersedia dan daripada situ, belajarlah untuk melakukan kerja dengan baik,” katanya ketika merasmikan Temuduga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) peringkat negeri di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini Isnin.

Musa berkata kerajaan akan sentiasa memainkan peranannya dalam memastikan banyak peluang pekerjaan diwujudkan di negeri ini untuk diisi oleh rakyat tempatan.

Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusoff berharap syarikat swasta sentiasa berfikiran terbuka dan bersedia memberi peluang kepada graduan untuk menyerlahkan kebolehan mereka.

Menurutnya, kesukaran kebanyakan graduan mendapat pekerjaan juga disebabkan ketiadaan kemahiran tertentu yang diperlukan oleh industri, meskipun graduan tersebut memiliki kelulusan yang cemerlang.

“Program SL1M merupakan program intervensi kerajaan yang diwujudkan dalam usaha menangani isu pengangguran dalam kalangan graduan Malaysia.

“Melalui program ini, para graduan dilatih dan diberi peluang merasai sendiri pengalaman dunia pekerjaan sebenar bersama syarikat,” katanya.

Program SL1M peringkat negeri diadakan selama dua hari bermula hari ini di Dewan Kuliah Pusat Kedua UMS dan melibatkan sebanyak 40 syarikat swasta yang menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan