Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Graduan perlu tingkat kemahiran rebut peluang pekerjaan

Imbarine semasa menyampaikan ucapannya.

Kota Kinabalu: Graduan tempatan perlu tingkat kemahiran bagi merebut peluang pekerjaan sejajar dengan Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0).

Ketua Pusat Pengajian Siswazah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah,Profesor Madya Dr Imbarine Bujang berkata, revolusi berkenaan menuntut graduan untuk lebih bersifat holistik.

“Setiap garduan perlu bersifat holistik dari segi kesarjanaannya serta mempersiapkan diri bagi menempuh dunia sebenar dan sebagai pendidik juga kita perlu bertindak balas dengan pihak industri.

“Sebagai graduan yang akan melangkah ke alam pekerjaan, mereka perlu meneroka dan memahami setiap aspek dalam pasaran kerja.

“Dengan demikian, graduan akan lebih bersedia dan memudahkan mereka merebut peluang yang ada dan dengan olehan yang tersendiri, kita juga mampu bersaing dengan peringkat antarabangsa,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Anugerah Akademik Liga Kewangan dan Makan Malam Pra Graduasi BM242 UiTM, pada Isnin malam.

Tambah Imbarine, program berkenaan turut ditambah nilai dengan aktiviti baharu iaitu Chit Chat Santai bersama pemain industri.

“Pada program kali ini kita mengabungkan pemain industri dengan pelajar, di mana  mereka dapat menjalinkan networking dan menimba pengetahuan bersama pemain industri.

“Selain itu, kita juga garapkan supaya mereka tahu ke mana hendak dituju dan tahu apa yang hendak dibuat apabila selesai graduasi nanti,” jelasnya.

 

Pada majlis tersebut, graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) Kewangan, Vannesa Shann Saimon, 22, berasal dari Kampung Sugut Penampang diumum sebagai Pelajar Terbaik Semester Mac – Julai 2017.

 

Anak kepada buruh, Saimon Bosumil, 44, dan Ivy Martin, 43, itu juga menerima anugerah lain iaitu Anugerah Naib Canselor (ANC), Anugerah Dekan, Anugerah Pencapaian Terbaik subjek Futures and Opitions dan subjek Portfolio Management Application./PENERANGAN-

Vannesa bersama piala dan sijil yang diterimanya.

 

Komen


Berita Berkaitan