Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,726

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Graduan KTYS antara yang paling laris

3:38pm 15/11/2016 Leolerry Lajius 13 views Kota Kinabalu,Pendidikan,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

KOTA KINABALU: Lebih seratus orang graduan daripada 380 graduan yang menerima sijil sempena Majlis Konvokesyen Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) telah mendapat pekerjaan dan memperlihatkan graduan KTYS menjadi antara graduan yang menjadi pilihan utama syarikat tempatan untuk diambil sebagai pekerja.

Berucap sempena majlis berkenaan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, bagi memacu kepesatan pembangunan negeri ke tahap yang lebih tinggi, rakyat khususnya golongan belia yang memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran amat diperlukan.

“Oleh itu, suka saya menyeru agar KTYS terus memberi tumpuan utama untuk memartabatkan pendidikan teknikal dan latihan kemahiran bagi memastikan semua belia dan beliawanis akan memiliki kepakaran yang pelbagai sesuai dengan keperluan dan pasaran pekerjaan masa kini,”katanya.

Beliau turut menyatakan, Kerajaan Negeri dalam Bajet Negeri juga akan menyediakan peruntukan yang besar bagi tujuan pembangunan belia di negeri ini.

“Saya percaya dengan kepesatan pembangunan negeri dan pelaksanaan pelbagai program dan agenda pembangunan kerajaan, ia berupaya menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dalam bidang kemahiran untuk rakyat khususnya di negeri ini,”katanya.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun.

Sementara itu, berucap sempena majlis berkenaan, Masidi menyeru kepada semua graduan agar sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan dan tidak perlu malu walaupun mendapat kelulusan daripada bidang teknikal.

“Jangan malu kerana mendapat kelulusan dalam bidang teknikal kerana walaupun mempunyai ijazah belum tentu akan mendapat pekerjaan.”

“Dalam mendapatkan pekerjaan, individu yang mempunyai kemahiran adalah lebih mudah untuk mendapatkan pekerjaan dan dalam masa yang sama boleh menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki,”katanya. -Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Masidi menyampaikan sijil kepada salah seorang penerima sempen majlis berkenaan.

Masidi menyampaikan sijil kepada salah seorang penerima sempen majlis berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan