Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gorila Jantan 190kg Belasah Jurugambar

gorillaa

KIGALI, Rwanda – Seorang jurugambar hidupan liar dibelasah seekor gorila jantan seberat 190 kilogram (kg) yang tiba-tiba mengamuk semasa gambarnya dirakam di Taman Negara Volcanoes dekat sini.

Gorila setinggi kira-kira 2 meter yang dikenali dengan nama Akarevuro itu dilihat sedang makan sejenis tumbuhan sebelum meluru ke arah jurugambar, Christophe Courteau beberapa saat selepas dia mula merakam gambar haiwan berkenaan.

Courteau, 46, ditumbuk oleh gorila itu pada muka sebelah kiri sebelum dirempuh dan dipijak, dia bagaimanapun bernasib baik kerana cuma mendapat parut kecil pada dahi sebagai ‘cenderamata’ pertemuannya dengan raja kumpulan gorila Kwitonda yang dilindungi di sini.

COURTEAU kelihatan dirempuh oleh Akarevuro.

“Akarevuro tiba-tiba meluru ke arah saya tetapi saya tidak boleh mengelak kerana sedang melutut untuk mengambil gambarnya. Kurang satu saat dia sudah campak saya ke tepi dengan mudah, umpama dilanggar sebuah kereta api,” katanya.

Beberapa keping gambar saat-saat jurugambar itu dibelasah Akarevuro berjaya dirakamkan seorang lagi jurugambar, Christophe Vasselin.

Gorila jenis Silverback itu dikatakan menyerang kerana berasa terancam dengan kehadiran Courteau dan mungkin me­nganggap jurugambar itu sebagai pesaing kedudukan sebagai ketua dalam kumpulannya. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan