Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,763

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Golongan warga emas akan terus diberi perhatian

4:58pm 04/08/2016 Leolerry Lajius 41 views Tempatan
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr Christina Rundi menerima cenderahati daripada Presiden MSGM Dr. Philip Poi sambil diperhatikan oleh Datuk Teo Chee Kang (tengah).

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr Christina Rundi menerima cenderahati daripada Presiden MSGM Dr. Philip Poi sambil diperhatikan oleh Datuk Teo Chee Kang (tengah).

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan terus memberi perhatian yang serius terhadap usaha-usaha bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat di seluruh negeri ini, termasuklah warga emas.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman berkata, hal ini adalah bagi memastikan seluruh lapisan rakyat sama-sama dapat menikmati faedah pembangunan yang dilaksanakan dan tidak ada kelompok masyarakat yang tertinggal.

“Rakyat Negeri Sabah sangat bertuah kerana Hospital Queen Elizabeth menyediakan perkhidmatan Geriatrik yang memberikan perkhidmatan khas untuk warga emas,”katanya ketika menyampaikan ucapan sempena “The 12th National Geriatric Conference”, di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Teo Chee Kang.

Beliau turut menyatakan bahawa konferens seumpama ini amat penting bagi memastikan golongan warga emas mendapat perawatan yang optimum seterusnya meningkatkan dan mengekalkan kesihatan mereka secara keseluruhan.

“Kita maklum bahawa warga emas merupakan penyumbang kepada perkembangan sosioekonomi negara dan adalah menjadi tanggungjawab masyarakat untuk menghargai dan menjaga kebajikan mereka.”

“Matlamat konferens ini yang bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan kepada kakitangan perubatan dalam mengendalikan perawatan warga emas adalah amat bersesuaian dengan situasi semasa, memandangkan bilangan warga emas semakin bertambah di negara ini,”katanya.

Konferens yang disertai oleh lebih 300 orang peserta dan turut melibatkan delegasi dari luar negara akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sehingga 5 Ogos nanti.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Antara peserta yang mengambil bahagian dalam program berkenaan.

Antara peserta yang mengambil bahagian dalam program berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan