Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Golongan provokasi dinasihat tidak gugat keharmonian negara: Abdul Rahim

abdrahimbakri

KUDAT: Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri menasihatkan golongan tertentu supaya tidak meneruskan hasrat mereka untuk cuba menggugat keharmonian, keselamatan dan mencabar kedaulatan negara.

Abdul Rahim berkata kerajaan akan sentiasa melihat dan memerhati tindakan golongan berkenaan dan akan bertindak sewajarnya berlandaskan undang-undang dan peruntukan Perlembagaan.

“Sebagai sebuah negara berbilang kaum, pelbagai anutan agama dan kedudukan geografi yang berbeza tidak dapat dinafikan akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kerenah.

“Tetapi yang penting sekali setiap rakyat harus menanamkan rasa tanggungjawab serta menghormati perlembagaan dan undang-undang negara dan tidak mencabar mengikut kehendak nafsu peribadi tanpa mengambilkira implikasi buruknya kepada rakyat dan negara,” katanya dalam majlis sumbangan bantuan kepada 500 golongan asnaf di Dewan 1Malaysia di sini, malam kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan tindakan golongan tertentu yang menggunakan media sosial untuk membangkit provokasi bertujuan menggugat perpaduan rakyat dan keutuhan negara.

Abdul Rahim yang juga anggota Parlimen Kudat mengingatkan umat Islam agar sentiasa bersatu-padu dan meningkatkan ukhwah serta mengamalkan sikap kesederhanaan selaras dengan ajaran islam yang menuntut umatnya sentiasa bersifat inklusif, terbuka, bersangka baik dan menjadi umat contoh.

Beliau berkata rakyat Malaysia harus berbangga dan bersyukur kerana dapat hidup dalam negara yang aman dan makmur hasil daripada dasar serta perlaksanaan pelbagai program kerajaan.

“Setiap rakyat boleh hidup bebas, memperoleh pekerjaan, berpeluang mencari rezeki dan menikmati pelbagai bantuan kerajaan. Keselesaan sebegini tidak banyak dikecapi oleh negara lain,” katanya.

Menurutnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan berusaha sebaiknya untuk menguruskan negara dengan penuh amanah.

Komen


Berita Berkaitan