Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Golongan OKU Perlu Daftarkan Diri

Jainab beramah mesra dengan para peserta program
Jainab beramah mesra dengan para peserta program. Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah

 

KOTA KINABALU- Pihak kerajaan menyeru agar orang kurang upaya (OKU) atau ibu bapa atau penjaga untuk mendaftarkan diri dengan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah.

Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid berkata adalah amat penting bagi kerajaan untuk mengetahui jumlah OKU yang ada di negeri ini agar dapat memudahkan kerajaan untuk merangka dasar dan strategi yang sesuai untuk membantu golongan tersebut.

“Mereka yang telah mendaftarkan diri akan mendapat kad OKU. kad tersebut akan memberi hak kepada mereka untuk menikmati kemudahan yang disediakan oleh pelbagai jabatan kerajaan”, katanya.

Jainab berkata demikian ketika berucap di majlis penutupan rasmi forum dan bengkel kebolehan berkesan orang kurang upaya, disini, hari ini.

Tambahan Jainab lagi, Jabatan Kebajikan Perkhidmatan Sabah menyediakan jagaan institusi bagi OKU dan latihan kemahiran yang terletak di Kompleks Pemulihan dan Latihan , Kimanis.

Selain itu, golongan tersebut juga akan diberi Elaun Kerja Kurang Upaya (EPC) sebanyak RM 300 setiap bulan bagi OKU yang bekerja sepenuh masa dimana berpendapatan kurang daripada RM1,200 sebulan. Oleh Elezebeth Esther/ Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan