Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Golongan muda perlu ceburi bidang keusahawanan- Faisyal

6:53pm 08/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 70 views Kota Kinabalu,Perniagaan,Tempatan
FAISYAL merakamkan gambar kenangan bersama para peserta sempena Seminar Usahawan 2016. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

FAISYAL merakamkan gambar kenangan bersama para peserta sempena Seminar Usahawan 2016. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

KOTA KINABALU- Masyarakat setempat khususnya golongan muda perlu menceburi bidang keusahawanan kerana ia menjanjikan pendapatan yang baik, kata Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Datuk Haji Faisyal YH Diego.

Faisyal berkata terdapat banyak bidang keusahawanan yang boleh diterokai oleh masyarakat Kota Kinabalu termasuklah penjualan produk secara talian (online), pelancongan dan lain-lain.

“Jabatan dan agensi kerajaan seperti Tekun, Mara, Yayasan Usaha Maju dan lain-lain menyediakan pelbagai skim pinjaman yang harus direbut oleh para usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka”, tegasnya

Beliau berkata demikian semasa berucap ketika merasmikan penutupan Seminar Usahawan 2016 anjuran bersama Biro Ekonomi dan Keusahawanan UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Biro Penerangan dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Kinabalu di Hyatt Hotel, Kota Kinabalu, hari ini.

Seminar yang diadakan selama sehari itu disertai kira-kira 200 peserta.

Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seruji Haji Nawawi, Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor yang juga Pengerusi Biro Ekonomi dan Keusahawanan, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian, Datuk Rosimah Zakaria, Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian, Encik Mohd.Bahrin Abd.Karim dan Ketua Pergerakan Puteri Bahagian, Salmi Sarinoh.

Faisyal turut menasihati mereka yang baru dalam bidang keusahawaan agar tidak menggunakan jalan pintas dengan meminjam duit daripada ‘Ah Long’.

“Tidak dinafikan mereka yang terdesak dan mengalami masalah kewangan sering hilang pertimbangan untuk berfikir sehingga ada yang sanggup mempertaruhkan nyaea dan keselamatan mereka.

“Bisnes entah kemana, nyawa lagi melayang. Kalau tidak mampu buat perniagaan besar-besaran, buatlah kecil-kecilan dahulu,”katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

FAISYAL melawat gerai pameran yang diusahakan oleh usahawan Bumiputera semasa melawat pameran sempena Seminar Usahawan 2016. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

FAISYAL melawat gerai pameran yang diusahakan oleh usahawan Bumiputera semasa melawat pameran sempena Seminar Usahawan 2016. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan