Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,415

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Golongan muda perlu bercambah pendapat dalam memahami, hayati semangat patriotisme

2:06pm 25/03/2017 Elezebeth Esther Onjining 10 views Kota Kinabalu,Tempatan

 

MOHD. Dahlan menyampaikan cenderahati kepada Almain pada program ‘Apa Kata Gen- Y’, di Dewan Resital, dekat sini, hari ini.

KOTA KINABALU: Generasi muda khususnya para pelajar, mahasiswa dan mahasiswi diseru agar bercambah pendapat dalam memahami dan menghayati semangat cintakan negara yang sebenar.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Dato’ Haji Ibrahim Abdul Rahman berkata Kerajaan sentiasa memberi ruang serta peluang seluas-luasnya kepada golongan muda untuk terlibat sama dalam urusan dan pentadbiran sesebuah organisasi mahupun masyarakat.

“Kita sedar, anda merupakan barisan pelapis yang akan mewarisi kepimpinan negara pada suatu masa nanti dan adalah menjadi tanggungjawab anda menggalas amanah serta mengekalkan keamanan dan kedaulatan negara, katanya.

Beliau berucap demikian pada Program ‘Apa Kata Gen Y’ di Dewan Resital, UMS, hari ini. Teks ucapan beliau dibaca oleh Timbalan Ketua Pengarah Bahagian (Pengurusan) JAPEN, Datuk Haji Almain Ajirul.

Menurutnya, JAPEN bukan sahaja ingin menyuntik elemen cintakan negara dan menghormati perlembagaan negara malah berhasrat untuk melahirkan komunikator pelapis dalam kalangan belia supaya mahir dan berkebolehan membincangkan semangat patriotisme di negara ini secara kritis.

“Kemerdekaan tidak datang dengan mudah tanpa pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu serta parajurit yang bergalang nyawa untuk memastikan negara ini kekal merdeka dan aman.

“Kita perlu bangkit dan pertahankan keharmonian yang kita sedang nikmati sekarang agar ia bukan hanya dirasai oleh kita sahaja, namun terus dinikmati oleh anak-anak dan cucu cicit kita selama-lamanya, katanya.

Dalam masa sama, katanya, golongan muda perlu menggunakan sebaik mungkin segala potensi dan bakat yang ada pada diri dan dibangunkan dan dikembangkan secara holistik.

“Bakat dan kebolehan yang ada harus digilap dan dimajukan supaya negara dapat menyediakan modal insan yang berkemahiran, kreatif dan inovatif terutamanya dalam mengisi peluang pekerjaan,”tambahnya.

Di samping itu, beliau berkata Program “Apa Kata Gen Y” mampu menyemai inspirasi dan memupuk percambahan mida positif dalam kalangan generasi muda sebagai salah satu usaha menghayati semangat patriotik dan sayangkan negara ini.

“Program #Negaraku: Apa Kata Gen Y ini merupakan satu jaringan komunikasi secara smart partnership dan platform JAPEN untuk mendapatkan pandangan generasi muda terutamanya dalam kalangan pelajar, mahasiswa dan mahasiswi tentang pengertian semangat patriotik secara lebih meluas dan mendalam,” katanya.

Hadir sama, Dekan Fakulti Psikologi dan Pendidikan, UMS, Prof. Madya Dr. Mohd Dahlan Hj. A. Malek mewakili Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan