Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Golongan muda kurang memahami fungsi GST  

 

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

PENAMPANG –  Tinjauan rambang yang dilakukan di sekitar bandaraya hari ini mendapati masih ramai lagi pengguna khususnya golongan muda yang belum memahami sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan berkuatkuasa mulai esok.

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengumumkan pelaksanaan GST pada pembentangan Bajet 2014 lepas telah menyatakan bahawa sistem cukai tersebut adalah bagi menyusun semula sistem kewangan negara.

 Selain itu, ia juga bertujuan untuk mencari sumber hasil baharu serta memperkemaskan lagi kaedah kutipan cukai.

 Seorang pekerja swasta Johnny Liew, 25, berkata beliau hanya mengetahui GST melalui saluran media sosial dan laporan berita tetapi tidak berapa faham mengenai cara pelaksanaannya.

 “Saya tahu yang GST akan dikuatkuasa esok (1 April 2015) tetapi saya tidak tahu apa kebaikan cukai itu kepada pengguna,” katanya ketika ditemui Sayangsabah di sebuah pasaraya di Bandar Baru Penampang di sini hari ini.

 “Apa yang saya tahu GST akan dikenakan terhadap beberapa jenis barangan terpilih termasuk makanan dalam tin,” katanya lagi.

 Seorang eksekutif swasta, Loretta Peter, 30, ketika ditemui turut menyatakan kurang pemahaman mengenai cukai tersebut.

 “Semua orang tahu GST itu adalah cukai namun bagaimana ia berfungsi masih belum jelas,” katanya yang akui bimbang sekiranya GST akan menyebabkan harga barangan keperluan menjadi mahal dan membebankan pengguna.

 “Banyak laporan yang disebarkan melalui media social Facebook dan whatsapp yang mendakwa harga barang akan naik mulai 1 April.

 Apabila ditanya mengenai sistem SST sebanyak 16 peratus berbanding GST yang hanya 6 peratus, Loretta  berkata, kekurangan kempen penerangan mengenai GST menyebabkan masih ramai masyarakat tidak mengetahui apakah kebaikan mahupun keburukan GST terhadap pengguna.

 Sementara itu, seorang pekerja perhotelan berpendapat bahawa pelaksanaan GST akan memberikan banyak keuntungan kepada semua pihak termasuk kerajaan, peniaga dan para pengguna.

 “Ketika ia mula diumumkan oleh Perdana Menteri, cukai itu dilihat sebagai membebankan rakyat tetapi apabila diteliti ianya sebenarnya banya membawa kebaikan,” kata Mohd Faizul Samad, 28, yang lebih suka membaca maklumat GST di laman web Jabatan Kastam berbanding media sosal.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan