Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Golongan muda diseru sertai bidang kerja warga asing

gambar hiasan
gambar hiasan

SERI ISKANDAR – Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib hari ini meminta golongan muda di negara ini supaya menyertai bidang kerja yang ‘dipelopori’ warga asing bagi membantu memenuhi

permintaan majikan.

“Majikan mahu pekerja, kalau anak-anak kita tidak bersedia untuk bekerja, mereka (majikan) terpaksa mengambil pekerja asing dan kita tidak boleh menghalang mereka kerana itu keperluan,” katanya.

Ketika ini sebanyak 14 negara sumber membekalkan kira-kira 2.1 juta pekerja di Malaysia, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penghargaan Pemenang Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) 2015 di sini.

Ismail berkata, penglibatan golongan muda dalam kerja-kerja mahir penting bagi memastikan kerajaan dapat mencapai sasaran melahirkan 35 peratus pekerja mahir menjelang 2020, selari dengan hasrat untuk menjadi negara maju.

Beliau berkata, setakat ini Malaysia hanya mencapai sasaran 26 hingga 28 peratus.

Pada majlis itu, Ismail turut merasmikan pusat dandanan ‘The True SI Barber’ milik Airul Firham Che Amran pemenang pingat gangsa dalam WSC 2015.

Mengulas cadangan Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji semula polisi kemasukan pekerja asing, Ismail berkata, kerajaan masih meneliti pandangan pelbagai pihak termasuk MTUC. – Bernama

Komen


Berita Berkaitan