Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GOLONGAN MUDA DISERU LIBATKAN DIRI AKTIVITI KEBAJIKAN

Acara pemotongan kek sambutan ulang tahun ke-16 Pertubuhan Akhlak Che Hor Khor Penampang yang diketuai oleh Susan (tengah). Gambar SNT/Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Presiden Gabungan Persatuan Masyarakat Cina Kota Kinabalu (USCCAKK) Datuk Susan Wong Siew Guen menyeru golongan muda melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

Katanya, ia sejajar dengan objektif dan program-program yang dijalankan oleh Pertubuhan Akhlak Che Hor Khor yang mana telah banyak menyumbang kepada kesejahteraan rakyat setempat melalui pendidikan, kebudayaan dan kebajikan.

Susan (depan tiga kanan) bersama-sama dengan tetamu kehormat lain memalu gendang sebagai gimik perasmian majlis berkenaan. Gambar SNT/Alfred Petrus

Sejak penubuhannya 16 tahun yang lalu, Susan berkata pertubuhan itu telah menerapkan nilai-nilai murni, belas kasihan dan kebaikan melalui pelaksanaan pelbagai perkhidmatan termasuk perubatan percuma, inisiatif amal kebajikan, bantuan bencana negeri serta aktiviti kebudayaan dan pendidikan.

Susan (tengah) menerima cendera kenangan kepada pihak penganjur selepas upacara perasmian. Gambar SNT/Alfred Petrus

“Pertubuhan ini telah banyak menyumbang kepada masyarakat setempat yang mana di bawah kepimpinan presidennya Wong Sound Sing, Pertubuhan Akhlak Che Hor Khor telah memainkan peranan penting dalam memberi dan menyumbang dalam bentuk pendidikan, kebudayaan dan kebajikan kepada masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan ulang tahun ke-16 Pertubuhan Akhlak Che Hor Khor Penampang di sini pada Ahad. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan