Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Golongan muda berperanan penting imarahkan masjid- Seruji

KENANGAN…Seruji bersama jawatankuasa masjid bersalam dengan Jemaah-jemaah yang hadir.
KENANGAN…Seruji bersama jawatankuasa masjid bersalam dengan para jemaah yang hadir.

KOTA KINABALU- Golongan muda mempunyai peranan yang sangat penting dalam mengimarahkan institusi masjid, kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Datuk Seruji Haji Nawawi.

Katanya, golongan berkenaan perlu memanfaatkan kemahiran dan kebolehan mereka terutamanya dalam bidang teknologi maklumat bagi membantu mengimarahkan masjid setempat.
“Mereka wajar membantu menjadikan masjid sebagai sebuah institusi pendidikan dan sosial serta membangunkan masyarakat yang bersahsiah dan berketrampilan mulia, katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Masjid Jamek Kampung Likas Tahun 2016 di perkarangan masjid itu, baru-baru ini.
Seruji yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Masjid berkenaan berkata, golongan muda boleh mencurah bakti kepada masyarakat serta membantu golongan tua mentadbir masjid.
Katanya, majoriti bilangan ahli jawatankuasa masjid dan surau pada masa kini dianggotai oleh golongan tua dan kebanyakan mereka telah bersara.
“Justeru tenaga dan sumbangan golongan muda amat diperlukan dalam membantu imarahkan masjid dengan menjadi ahli jawatankuasa masjid atau surau”, tegasnya. Oleh Elezebeth Esther/sayangSabah

Komen


Berita Berkaitan