Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Golongan mahasiswa disaran menyertai Kor Suksis- Hamisa

2:16pm 11/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 25 views Tempatan
Hamisa merakamkan gambar kenangan bersama Kor Suksis Universiti Malaya di Kampung Tanjong Batu Laut, disini.

Hamisa merakamkan gambar kenangan bersama Kor Suksis Universiti Malaya di Kampung Tanjong Batu Laut, disini.

TAWAU- Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) disaran menyertai Kor Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (Suksis) supaya dapat menjadi mata dan telinga membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencegah jenayah di dalam serta luar kampus.

Pembantu Menteri Pembangunan sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata penyertaan golongan penuntut dalam Suksis turut membolehkan mereka menimba ilmu kepolisan yang pastinya tidak terdapat dalam organisasi lain.

Beliau berkata golongan mahasiswa yang bergiat dalam Suksis boleh dilatih secara fizikal dan mental menghadapi segala cabaran khususnya persekitaran yang makin mencabar pada masa-masa akan datang. Lebih penting, anggota Suksis boleh meningkatkan keberkesanan pasukan dalam membanteras kegiatan jenayah di kawasan kampus dan sekitar tempat duduk mereka.

Katanya, usaha Universiti Malaya mengadakan program tersebut adalah untuk memberi pendedahan dan teknik asas seni mempertahankan diri ketika berdepan dengan penjenayah.

“Program ini akan membuka satu plaftorm untuk penduduk kampung mempelajari secara lebih dekat seni mempertahankan diri bersama anggota Kor Suksis,” kata Hamisa.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Memerangi Jenayah Bersama Penduduk Kmapung di Kampung Tanjong Batu Laut, Tawau di sini kelmarin.

Turut hadir sama Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar Prof Datuk Dr. Rohana Yusof yang juga Komandan Kor Suksis Universiti Malaya, wakil Ketua Polis Daerah Tawau, ASP Hilmi Mat Yusof, Pengarah Projek Ekplorasi Suksis Universiti Malaysia, Dian Megasari Kinas serta 25 anggota Kor Suksis.

Menurt Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu menyeru menyeru dan menasihat golongan mahasiswa supaya tidak terikut-ikut cara pembangkang dengan mengadakan demonstrasi jalanan bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka. Mahasiswa tidak perlu berarak beramai-ramai untuk menyerahkan bantahan kerana tumpuan mereka untuk belajar bukan berpolitik.

“Sebagai golongan intelektual, mereka perlu membuat keputusan yang tepat dan bijak tanpa dipengaruhi atau diperalatkan oleh mana-mana pihak.

“Tidak dinafikan golongan mahasiswa kini terlalu taksub untuk terjebak dalam kancah politik. Namun, mereka perlu tahu niat dan prinsip untuk berpolitik agar tidak terpesong sehingga menjatuhkan maruah kerajaan seperti yang dilakukan pihak pembangkang,” tegas Hamisa.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan