Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Golongan kurang bernasib baik tidak dipinggirkan

Sebahagian balu dan ibu tunggal yang menerima bantuan dalam majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri Dun Senallang di Dewan Inabah Kamal, Semporna.
Sebahagian balu dan ibu tunggal yang menerima bantuan dalam majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri Dun Senallang di Dewan Inabah Kamal, Semporna.

SEMPORNA – Golongan kurang bernasib baik tidak pernah dipinggirkan setiap kali tibanya musim perayaan, malah kerajaan menggunakan pelbagai saluran menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Nasir Tun Sakaran berkata, ini kerana ia merupakan tanggungjawab pemimpin dan kerajaan bagi memastikan rakyat dapat menjalani kehidupan lebih selesa disamping dapat menikmati suasana Aidilfitri dengan kegembiraan.

“Langkah itu memperlihatkan keprihatinan dan kesungguhan kerajaan dalam usaha membela nasib rakyat yang memerlukan,” katanya dalam majlis penyampaian sumbangan peribadi Aidilfitri kepada 1,500 penerima terdiri daripada balu, ibu tunggal, kakitangan ADUN Senallang, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM); Mahkamah Anak Negeri Senallang; fakir miskin dan orang perseorangan di Dewan Serbaguna Inabah Kamal, Semporna, di sini semalam.

Sehubungan itu, Nasir percaya bantuan itu juga dapat meringankan beban mereka menyambut Aidilfitri tahun ini dan berharap ia digunakan dengan sebaik-baiknya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berharap agar sambutan hari raya tahun ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pelbagai kaum di negara ini dengan terus mengamalkan kunjung-mengunjung antara satu sama lain.

Jelasnya, amalan kunjung-mengunjung bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain, malah ia juga dapat mengukuhkan lagi perpaduan kaum di negara ini. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan