Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Golongan kurang berkemampuan tidak berdaftar tetap dibantu

Tawfiq (kiri) menyampaikan bantuan kewangan dan beras kepada salah seorang warga emas.
Tawfiq (kiri) menyampaikan bantuan kewangan dan beras kepada salah seorang warga emas.

TAWAU – Golongan yang dikenal pasti kurang berkemampuan namun belum mendaftar sebagai penerima bantuan kerajaan, tidak perlu risau kerana mereka akan tetap diutamakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Tawfiq Datuk Abu Bakar Titingan berkata, golongan berkenaan tidak perlu berada terpinggir kerana pelbagai program telah diatur termasuk sepanjang Ramadan ini bagi membantu mereka.

“Justeru, saya menggesa pemimpin di peringkat kampung mempergiatkan usaha mengenal pasti seterusnya mendaftar kumpulan sasar sebagai penerima bantuan,” katanya selepas menyampaikan bantuan kepada lebih 50 penerima yang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim, mualaf dan fakir miskin di Masjid Habib Abdul Rahman Batu 2 Jalan Apas Tawau, di sini semalam.

Menurutnya, pelbagai program diadakan seperti ziarah Ramadan, berbuka puasa dan terawih bersama masyarakat di kawasan Apas selain menyampaikan sumbangan serta bantuan merupakan wang tunai, beras, kain sarung dan  keperluan lain kepada yang memerlukan.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Naib Ketua UMNO Bahagian Tawau, Datuk Nizam Datuk Abu Bakar Titingan dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sarman Amat Simito. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan