Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Golongan Belia Diseru Melibatkan Diri Dalam Persatuan Belia

8:50pm 22/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 22 views Tempatan
Tawfiq merasmikan program "Youth Got Talent"

Tawfiq merasmikan program “Youth Got Talent”

PUTATAN- Pihak Kementerian Belia dan Sukan negeri ini menyeru agar belia mendaftar atau melibatkan diri dalam persatuan belia yang sedia ada bagi menyokong dasar dan program pembangunan negara khususnya negeri ini.

“Pihak kementerian akan sentiasa menyokong perlaksanaan pelbagai program yang dapat memenuhi aspirasi dan keperluan golongan belia”, Kata Menteri Belia dan Sukan negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Tawfiq Hj Abu Bakar Titingan.

Menurut Tawfiq, pihak kementerian akan memberi “Grant” yang bernilai RM1,000 sebagai permulaan kepada setiap persatuan yang ditubuhkan dan “Grant” bernilai RM 5,000 akan disalurkan setiap tahun kepada persatuan yang aktif.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan program “Youth Got Talent” yang telah berlansung selama dua hari bermula semalam hingga hari ini, di sini.

Program “Youth Got Talent” tersebut bertujuan untuk menyerlahkan bakat-bakat terpendam di kalangan generasi muda terutamanya belia di Sabah.

“Belia merupakan aset berharga yang perlu digembleng kemahiran dan kepakaran untuk menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara terutamanya negeri Sabah”, kata beliau.

Antara aktiviti lain yang telah disediakan ialah pertunjukan fesyen terkini yang mengabungkan fesyen jalanan dan pakaian formal untuk golongan belia yang sudah bekerja serta pameran inovasi. Oleh Elezebeth Esther/ Sayangsabah

Tawfiq melawat pameran inovasi

Tawfiq melawat pameran inovasi

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan