Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Golongan belia diingatkan utamakan perpaduan kaum

Tawfiq Abu Bakar Titingan menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.
Tawfiq Abu Bakar Titingan menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

TAWAU – Perpaduan kaum yang telah lama dipupuk harus dikekalkan dalam memastikan keharmonian berterusan dinikmati masyarakat tanpa berasa tergugat dengan propaganda segelintir pihak yang mahu menggugat keamanan negara.

Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Datuk Abu Bakar Titingan berkata, masyarakat khususnya generasi muda harus bijak dalam menilai sesuatu perkara itu terutama berkaitan isu-isu semasa yang banyak disebarkan dalam media sosial.

“Kita yakin para belia sudah cukup bijaksana dalam menentukan mana yang baik untuk mereka dan sudah tentu semua pihak mahu menjalani kehidupan dalam keadaan aman damai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Tawfiq penyampaian sumbangan kepada Ketua-Ketua Kompenan Barisan Nasional (BN), Pengerusi Jawatan Kuasa Dalam Bandar (JKDB), Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) dan Ketua Masyarakat Cina (KMC) DUN Apas di Pejabat UMNO Bahagian Tawau.

Dimajlis tersebut seramai 57 orang menerima sumbangan. Turut menerima ialah wartawan tempatan yang meraihkan Tahun Baru Cina.

Menyentuh mengenai program itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, bantuan tersebut diharap dapat meringankan beban mereka dalam menikmati suasana perayaan itu. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan