Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Golongan belia digesa tidak memilih pekerjaan

Siringan diberi penerangan oleh seorang wakil syarikat Big Wheel, mengenai pekerjaan yang ditawarkan oleh  syarikat itu pada program tersebut.
Siringan diberi penerangan oleh seorang wakil syarikat Big Wheel, mengenai pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat itu pada program tersebut.

RANAU – Golongan belia di daerah ini digesa supaya tidak memilih pekerjaan sebaliknya merebut peluang kerjaya yang ditawarkan kepada mereka oleh syarikat dan majikan mengikut bidang masing-masing.

Menteri Pembangunan Sumber dan Infomasi Datuk Siringan Gubat berkata, tawaran kerjaya itu sekaligus dapat membantu golongan tersebut menimba pengalaman bekerja serta dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam bidang yang diceburi.

“Saya menyeru para belia di daerah Ranau ini agar merebut peluang yang ditawarkan kepada mereka walau di mana anda (belia) berada,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Karnival Pekerjaan (3P) dan Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah, di Dewan Masyarakat Ranau di sini pada Sabtu.

Siringan juga berkata pelbagai program kemahiran telah disediakan oleh kerajaan termasuk mewujudkan pusat latihan bagi membantu para belia di daerah ini memajukan diri ke arah lebih berdaya saing.

“Program latihan kemahiran berkenaan adalah tanda prihatin kerajaan terhadap keperluan golongan itu mempelajari ilmu kemahiran yang diperlukan dalam pelbagai sektor industri masa kini,” katanya lagi.

Sebanyak 17 syarikat menyertai program tersebut yang dianjurkan bersama oleh JTK, Pejabat Tenaga Kerja Ranau dengan kerjasama Pejabat Daerah Ranau yang bertujuan memberi peluang kepada para belia mengisi kekosongan jawatan dalam pelbagai sektor industri.

Selain itu, dua buah pusat latihan kemahiran dan enam agensi kerajaan turut menawarkan kursus latihan kemahiran kepada golongan belia yang berminat.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan  JTK Sabah, Othman Abdullah berkata seramai 400 pencari kerja telah hadir dalam program sehari itu.

“Daripada jumlah itu, seramai 79 orang berjaya memperolehi pekerjaan secara langsung, manakala 57 orang lagi akan ditemuduga buat kali kedua,” katanya.
Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan