Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,789

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Golongan asnaf perlu berubah

8:52am 12/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 77 views Tempatan
Syed Abbas menyampaikan bantuan zakat untuk golongan, Fakir, Miskin & Mualaf daripada Pusat Zakat Sabah (Majlis Ugama Islam Sabah)

Syed Abbas menyampaikan bantuan zakat untuk golongan, Fakir, Miskin & Mualaf daripada Pusat Zakat Sabah (Majlis Ugama Islam Sabah)

TAWAU- Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali  mahu rakyat di daerah ini khususnya golongan asnaf, berusaha meningkatkan taraf pendidikan anak masing-masing, bagi mengelak daripada terus dibelenggu kemiskinan.

Beliau berkata, pendidikan adalah satu-satunya cara untuk membawa anak-anak keluar daripada kancah kemiskinan.

Tambahnya, rakyat negara ini amat bertuah kerana mempunyai kerajaan dan pelbagai badan atau agensi, yang sentiasa prihatin dengan masalah kemiskinan serta sentiasa ringan tulang dan murah hati menghulurkan bantuan.

 

Walau bagaimanapun,  Abas berkata bantuan dan sumbangan diberikan itu hanya bersifat sementara dan bukan jalan penyelesaian kepada masalah kemiskinan mereka.

“Sampai bila kita nak bergantung kepada orang lain. Justeru, jangan sekali-kali abaikan pendidikan anak-anak dan pastikan mereka diberi peluang untuk menimba ilmu kerana inilah satu-satunya kemiskinan cara meningkatkan taraf hidup keluarga serta jalan keluar daripada belenggu kemiskinan.

“Bagi saya, tanpa pendidikan yang baik, masalah kemiskinan bukan saja tidak dapat diatasi, malah ia mungkin akan bertambah sehingga dua kali ganda atau lebih dalam tempoh yang cukup cepat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis penyampaian bantuan zakat untuk golongan, Fakir, Miskin & Mualaf daripada Pusat Zakat Sabah (Majlis Ugama Islam Sabah) dan berbuka puasa di Masjid Al Muttsqim Kampung Jawa Kongsi 10, disini, baru- baru ini.

Selain itu, seramai 35 orang menerima bantuan zakat dan 10 orang menerima bantuan beras daripada Peladang daerah tersebut.

Abas  yang juga Adun Balung menyeru supaya golongan terbabit tidak menyalah guna sumbangan diberikan untuk tujuan tidak berfaedah, apatah lagi sumbangan diterima pada bulan Ramadan.

Malah, beliau turut mengingatkan mereka yang ingin menderma supaya memahami kehendak golongan fakir atau miskin bagi mengelak daripada memberikan sumbangan yang tidak diperlukan.

“Atas sebab itulah, saya ingin bertemu sendiri dengan mereka, bukan sekadar untuk beramah mesra, tetapi untuk memahami keperluan sebenar golongan terbabit. Dengan ini bantuan dan sumbangan yang bertepatan dapat disalurkan,” ujarnya.

Sementara itu, Syed Abas turut menghadiri Program Berbuka Puasa dan penyampaian sumbang zakat di Masjid Al-Hidayah Batu 4, di daerah itu.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan