Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GLC,  Swasta diseru berkerjasama dalam Pembangunan Bola Sepak Sabah

Datuk Haji Tawfiq Abu Bakar Titingan
Datuk Haji Tawfiq Abu Bakar Titingan

KOTA KINABALU- Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan pihak swasta diseru agar turut membantu dalam pembangunan sukan bola sepak di negeri ini dengan menjadi rakan penaja menerusi aktiviti khidmat masyarakat (CSR).

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Haji Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, penyertaan pasukan negeri Sabah dalam Liga Perdana Malaysia memerlukan sumber dana yang besar dan keperluan perbelanjaan yang semakin meningkat setiap tahun.
“Pihak-pihak yang berkenaan seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) juga digalakkan  menjadi salah satu peneraju atau penaja dalam menganjurkan pertandingan bola sepak peringkat akar umbi.
“Semua pihak yang berkepentingan perlu berganding bahu ke arah meningkatkan kegemilangan sukan bola sepak dan melahirkan pemain-pemain yang berbakat dan berpotensi pada masa hadapan”, katanya dalam sidang di Dewan Undangan Negeri (DUN), disini, hari ini (Selasa).
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Tuan Limus Jury(BN- Kuala Penyu) yang ingin tahu mengenai usaha kerajaan untuk mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak di Sabah.
Disamping itu, terdapat juga beberapa perancangan untuk membangunkan bola sepak negeri ini. Diantaranya ialah penyediaan infrastruktur sukan seperti padang bola sepak luar bandar dan kompleks sukan, dan menjana bakat untuk mencari pemain bola menerusi program MYTiD (Malaysia Talent Identification Development)
Beliau juga berharap semua pemain bola sepak yang berbakat agar meningkatkan kemahiran, memantapkan potensi, disiplin serta komitmen demi meningkatkan kecermelangan pasukan bola sepak Sabah.– Oleh Elezebeth Esther/ Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan